Sejak musim 2, EVOS SG sentiasa dikenali sebagai salah satu pasukan terkenal dalam MPL MYSG yang kerap menjadi naib juara dan akhirnya muncul sebagai juara di musim 4. Mereka sentiasa dihormati sebagai salah satu pasukan paling konsisten MYSG. Berbanding dengan prestasi Musim 5, mereka berjaya bangkit semula dan meraih tempat ke-2 pada Musim 6. Musim 7 pula menandakan permulaan baru, di mana Suhaz Esports dan EVOS Esports berkolaborasi untuk menubuhkan pasukan Suhaz EVOS yang merangkumi barisan pemain yang baru. Dibarisi dengan muka yang dikenali serta darah muda baharu, mereka akan bertanding untuk merangkul mahkota lagi.

Pencapaian masa lalu

  • MPL MYSG S6 – Tempat ke-2
  • MPL MYSG S5 – Tempat ke-4
  • MPL MYSG S4 – Juara
  • MPL MYSG S3 – Tempat ke-2
  • MPL MYSG S2 – Tempat ke-2

Hyhy

Fighter / Marksman

Aj

Support / Mage

Box

Marksman / Assassin

D Ace

Tank

Eavy

Fighter / Offlane

Padel

Subs / Fighter