Dapatkan hadiah Raya daripada pasukan MPL MY kegemaran anda

Ucapkan Selamat Hari Raya kepada pasukan MPL MY setiap hari dari 10 hingga 14 Mei 2021 dan kami akan hantarkan hadiah in-game ekslusif ke inbox MLBB anda. Anda juga berpeluang untuk memenangi smartphone gaming terbaru daripada Black Shark, iaitu Black Shark 4! 

Tema dan Syarat

 

Peserta mesti mengikuti arahan dan langkah-langkah yang disediakan untuk melayakkan diri mendapatkan hadiah. 

Peserta boleh menyertai giveaway ini setiap hari dari 10 hingga 13 Mei, tetapi penyertaan yang ‘duplicate’ akan dikecualikan secara automatik. 

Peserta mesti memberi maklumat yang betul untuk mendapatkan hadiah.

Moonton akan mengirimkan hadiah ke inbox MLBB anda di dalam tempoh 14 hari dari 13 Mei 2021. 

Moonton akan menghubungi pemenang Black Shark 4 melalui Facebook message. 

Sekiranya pemenang tidak memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari, hadiah akan dibatalkan.

Dengan menyertai giveaway ini, peserta bersetuju untuk berkongsi maklumat peribadi dan maklumat hubungan yang diperlukan. 

Peserta juga bersetuju untuk dipamerkan dalam bahan promosi yang diperlukan. 

Moonton berhak untuk meminda, menahan, mengubah, atau membatalkan giveaway ini tanpa sebarang notis.